Lelaki Korea: Kenapa Wanita Berhijab Cantik?, Oppa Kacak Nak Puasa Ramadan

Selama ini, saya sering salah anggap tentang Islam. Lebih-lebih lagi terhadap wanita Islam yang berhijab. Namun, setelah mengenali mereka lebih dekat, segalanya berlainan. Inilah luahan seorang lelaki Korea bukan beragama Islam yang menyertai Daud Kim untuk sesi review video wanita berhijab seluruh dunia.

Lebih mengejutkan lagi, lelaki yang bernama Michael atau Sin Do Hwan mengatakan hijab lebih kepada fesyen yang melambangkan kesopanan dan kelembutan seorang wanita. Malah, dia juga merasakan hijab banyak mengubah persepsi dirinya yang selama ini memandang serong terhadap Islam.

Michael bersama pelakon Park Hyunsik



Tersentuh apa yang dikatakan Michael, Brian yang kali kedua menyertai Daud Kim terpegun dan bingung mengapa semua wanita yang berhijab kelihatan cantik. Malah, Brian yang rapat dengan wanita dari Malaysia mengakui kebanyakan rakan wanitanya yang beragama Islam berhijab.

Seorang lagi Jejaka Korea yang berdarah kacukan Kanada, Jeffery Jung turut terpegun dan merasakan berminat untuk mengambil foto wanita berhijab yang kelihatan banyak warna dan mencabar kreadiabiliti sebagai jurukamera. Malah, Jeffery mengatakan wanita berhijab kelihatan sangat mahal dan berharga dengan pemakaian tudung dan material tertentu.

Brian tengah bersama teman dari Malaysia



Video yang dikendalikan Daud Kim ini turut mengejutkan ramai penonton apabila Michael dan Brian berminat untuk mencabar diri mereka untuk berpuasa di bulan Ramadan. Walaupun pada mulanya Michael sedikit sangsi, namun ia berminat untuk menyertai Brian yang begitu teruja untuk berpuasa.


Ikuti reaksi mereka yang berubah jadi pengakuan tentang Islam di sini. Mungkin anda juga boleh membantu ketiga-tiga mereka untuk mengenal lebih dekat tentang Islam.