Lelaki Bogel Atas Gunung Berjaya Ditangkap Wanita Yang Menjadi Mangsa Aksi Lucah!

Seorang lelaki yang terlibat dalam perbuatan lucah di gunung waktu siang hari ditangkap oleh seorang wanita yang sedang berjalan.

Money Today mengumumkan pada 18hb April bahawa Balai Polis Cheongju Cheongwon di Wilayah Chungcheong Utara akan menyiasat seorang lelaki berusia 50-an atas tuduhan pornografi. A disyaki melakukan perbuatan cabul di sebuah gunung di belakang Sajik-dong, Seowon-gu, Cheongju, Chungcheongbuk-do sekitar jam 1:40 petang pada 17hb April 2022.

Foto Hiasan HELIX

Seorang wanita B yang sedang berjalan-jalan dengan anjingnya yang telah mendapati A.

Lelaki tersebut telah melucutkan seluarnya dihadapan Wanita tersebut. Kemudian dia telah memegang dan menunjukan kemaluannya. Apabila Wanita itu melihatnya, lelaki tersebut mengerang dan meneruskan tindakannya.

B melaporkan A. Lelaki tersebut melarikan diri selepas ketahui Wanita itu melaprokan kepada pihak berkuasa, tetapi Wanita itu mengikutinya supaya tidak terlepas dia. Dengan berani, Wanita itu juga menahannya sampai polisi datang.

Wanita itu berkata, “Seperti yang saya pelajari di sekolah, saya tidak panik dan melaporkannya kepada polis, dan saya mengikuti dan menangkapnya yang cuba melarikan diri, dengan harapan tidak ada mangsa lain.”

Malah, laluan di belakang gunung ini dikenali sebagai tempat kegemaran kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak berdekatan dan penduduk tempatan.

Polisi menangkap lelaki itu setelah menerima laporan .

Seorang pegawai polis berkata, “Kami akan meminta A untuk hadir, menyiasat butiran tuduhan dan motif jenayah, dan menyiasat kenyataan mangsa.”

 

 

Kongsikan artikel ini