“Saya Suka Wanita!” Lelaki Mabuk Cium & Peluk Youtuber Korea Di Hotel Mewah Turki!


BJ terkenal Korea didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali sewaktu dia membuat live broadcast di Turki. Kejadian tersebut berlaku pada 18 Januari yang lalu sewaktu Choi menginap disebuah hotel lima bintang di Turki yang mana waktu itu dia sedang melancong,

Sewaktu berinteraksi dengan penonton sambil minum alkohol di lounge hotel dengan pemandangan malam yang indah diturki, seorang lelaki bangsa asing telah datang mendekatinya. Kemudian, Choi memberikan minuman kepada lelaki tersebut dan terus berborak dengan penonton livenya.

Secara tiba-tiba, lelaki tersebut memegang kepalanya dan memeluknya dengan kuat. Walaupun begitu, Choi tetap meneruskan live tersebut dengan atmosfera yang mesra dan menerimanya sebagai maksud baik hati. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut secara tiba-tiba telah berkata “Saya mahu sebilik dengan awak!”


Penonton yang menonton live tersebut terus berteriak dan mengatakan kecemasan dan ada juga mengatakan ia adalah game. Selepas itu, Choi cuba mengawal keadaan dan meneruskan live dengan memberikan minuman kepada lelaki berkenaan.

Lelaki mabuk itu menolak minuman berkenaan dan terus mencium kepala Choi dan sandar dibahu Choi. Choi terus berasa pelik dan menjerit banyak kali dengan mengatakan saya suka wanita. Pun begitu, Choi tidak lagi dapat mengawal keadaan kerana lelaki itu terus merabanya.

Oleh itu, Choi memberikan tanda kepada pekerja di situ dan meminta tolong. Mujur, pekerja tersebut telah membantu Choi dan menghantar lelaki mabuk itu pulang.

Kongsikan artikel ini