Polis melancarkan siasatan selepas seorang lelaki berusia awal 20-an ditemui telanjang di rumah studio di Yeonnam-dong, Mapo-gu, Seoul.
Pihak polis menahan dua orang lelaki yang dipercayai suspek membunuh mangsa. Mereka dikatakan tinggal bersama-sama sebagai rakan dengan mangsa. Mereka semua berkawan dan diketahui telah berpindah ke studio sejak bulan ini. Laporan polis mengesahkan bahawa mayat mangsa ditemui dengan keadaan kurang berat. Malah, jumpa kesan mangsa diserang.
Berdasarkan analisis yang dibuat, mangsa mati kerana diserang kedua-dua lelaki tersebut dengan memenjara mangsa. Oleh itu, polis dapati ini adalah kes pembunuhan dan mengeluarkan waran tangkap ke atas dua lelaki tersebut.
Pihak polis juga meminta pihak forensik untuk meneliti lebih lanjut keadaan mangsa untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan lebih dalam akan dijalankan untuk mengetahui punca kes ini terjadi.