Dino Face, Cat Face atau Puppy Face? Gadis Remaja Korea Dedah Selera Wajah Lelaki Pilihan

Saluran Youtube Hi-Teenager dari Korea sering mendapat perhatian ramai dengan isu yang menarik dan kreativiti. Lebih fokus terhadap golongan remaja di Korea, kali ini video mereka mendapat perhatian apabila remaja wanita Korea mendedahkan pilihan jenis wajah lelaki yang menjadi kesukaan mereka.

Apakah pilihan mereka?


Dalam video tersebut, empat remaja telah terlibat bagi mewakili remaja wanita yang lain. Mereka diberikan empat kategori wajah lelaki iaitu Puppy Face, Cat Face, Puppy Face dan Fox Face.

gadis yang terlibat dalam kajian tersebut- foto Instagram hi teenager

Ternyata selera dan pandangan mereka sangat berbeza. Lebih menarik lagi, majoriti dari mereka lebih gemar lelaki yang berwajah comel untuk setiap satu kategori. Pun begitu, selera mereka ternyata mengejutkan ramai pihak kerana masing-masing sebenarnya bertukar cita rasa apabila di uji ke peringkat seterusnya.

Untuk mengetahuinya, anda bolehlah menonton video yang sekarang sedang mendapat perhatian bukan saja masyarakat Korea tetapi turut mendapat tontonan dari masyarakat antarabangsa yang meminat lelaki Korea.

Kongsikan artikel ini