Warga China Ditangkap Tukar Identiti & Lari Ke Korea Selepas Membunuh 34 Tahun lalu!

Warga China berusia lingkungan 50-an yang lari ke Korea Selatan pada 2016 selepas membunuh dua orang di China pada 34 tahun lalu dan menyembunyikan diri akhirnya telah ditangkap di Incheon, Korea.

Perkara ini telah disahkan oleh pasukan Kerjasama Antarabangsa Interpol Agensi Polis Metropolitan Incheon pada 13 Julai 2021 yang mana mereka berjaya menangkap lelaki Cina berusia 54 tahun atas tuduhan melanggar akta kawalan Imigresen.

FOTO HIASAN PEXELS

Penjenayah itu dikehendaki kerana telah membunuh dua orang dengan menggunakan senjata di Yantai, Wilayah Shandong China pada 1987. Waktu itu, dia berumur 20 tahun.


Pada mulanya dia bersembunyi di China dan menukar identiti nama dan umur. Kemudian dia membuat pasport baru dan berjaya masuk ke China pada September 2016.

Pihak polis mula menjalankan penyiasatan pada September tahun lalu selepas menerima laporan dari Interpol China untuk mencari lelaki berkenaan. Berdasarkan informasi kes pembunuhan dari keamanan publik China, dia disahkan adalah orang yang sama membunuh sebelum dia menukar identiti.

FOTO HIASAN PEXELS


Polis berjaya menahan penjenayah berkenaan di tempat pembinaan di Incheon kira-kira jam 5 pagi pada 7 Julai dan terus menghantarkan ke pihak Keselamatan Publik Shandong dengan menaiki pesawat pada keesokan harinya.

FOTO HIASAN PEXELS


Menurut laporan, lelaki ini keluar masuk Korea dan China pada 2007. Pihak penyiasatan menjalan penyiasatan dengan pihak imigresen lapangan terbang Incheon dengan menyemak dokumen visa yang dihantar pesalah serta informasi DNA sebelum menahannya.


Kongsikan artikel ini