Negara Panas & Banyak Nyamuk, Orang Korea Jawab Samada Malaysia Kotor Atau Pun Cantik?

Apabila menyebut tentang Korea, pasti ramai mengaitkan negara Korea Selatan ini dengan muzik KPOP dan drama Korea. Malah, dalam fikiran masyarakat dunia, Korea sangat terkenal dengan pembedahan plastik.

Namun, apa pula pandangan mereka terhadap negara luar? Memandangkan youtuber yang menggunakan nama Teh Tarik Oppa sangat terkenal mengupas tentang isu berkaitan Malaysia, kali jejaka ini sekali lagi tampil dengan tajuk kontroversi tentang benarkah Malaysia ini negara yang kotor.

Kupasan yang melibatkan ramai lelaki Korea yang sedang bertugas dalam khidmat tentera, ternyata keputusan itu sangat mengejutkan. Majoriti orang Korea mengatakan Malaysia sebagai negara yang sangat panas. Malah, ada juga yang melabelkan Malaysia sebagai negara yang banyak nyamuk.

Lebih mengejutkan ada juga yang sudah tertarik dengan keindahan Malaysia dan merasakan Malaysia adalah negara yang paling indah untuk melancong di antara negara Asia Tenggara yang lain.


Untuk mengetahui pelbagai isu yang berkaitan, anda bolehlah menonton sendiri video berkenaan yang telah mendapat jumlah tontonan  melibihi 150k. Mungkin anda boleh sampaikan sendiri kepada orang Korea seandainya anda tidak setuju.

Kongsikan artikel ini