Maryam Durian Kimchi Kini Kuarantin Di Malaysia & Takkan Kembali Ke Korea?

Jika anda penggemar menonton saluran youtube Durian Kimchi yang menampilkan pasangan Malaysia dan Korea, anda pasti tahu bahawa pasangan ini baru saja tiba di Malaysia.

Menerusi Instagram pasangan ini, Maryam dan suaminya iaitu Ryzal kini sedang berada di hotel yang menjadi tempat untuk mereka berdua kuarantin. Difahamkan, pasangan ini tidak boleh bergerak ke mana-mana dan hanya boleh menjalankan aktiviti di dalam bilik saja.


Malah, mereka yang mempunyai ramai peminat dan pengikut di Malaysia tidak boleh menerima sebarang makanan dari sesiapa saja kerana mereka hanya perlu makan makanan yang disediakan pihak hotel dan mengikut ketetapan syarat kuarantin.

Pun begitu, mereka lebih banyak menjalankan aktiviti bersukan dalam bilik dan Maryam lebih gemar menggemar muzik serta melakukan pergerakan seperti melompat.

Maryam dan Ryzal.



Dalam pada itu, Maryam yang juga peminat setia penyanyi Faizal Tahir memberitahu dia belum lagi mempunyai perancangan untuk membuka perniagaan di Malaysia. Sebaliknya, Ryzal mengumumkan bahawa mereka selepas ini akan tinggal di Malaysia dan tidak kembali ke Korea.

Sementara itu, Ryzal turut memaklumkan, mereka tinggal lagi 8 hari untuk menjalani kuarantin dan berharap mereka berdua tidak kena gejala wabak COVID-19 yang mana Korea ketika ini sedang berperang dengan gelombang ketiga Corona Virus.

Mungkin selepas ini, ramai peminat Maryam ingin berjumpa dengan dirinya yang lawak dan lucu serta peramah. Difahamkan, walaupun mereka sudah lama berkahwin, ini merupakan kali kedua Maryam datang ke Malaysia. Semoga kedatangan Maryam boleh membuka lebih banyak lembaran baru serta mendapatkan faedah buat semua.

Kongsikan artikel ini