Eksport Kimchi ke 28 Negara, Master Kimchi Korea Mengamuk Pasal Isu Kimchi Asal Dari China!

Master Kimchi pertama dari Korea berang dan mengamuk apabila mendapat tahu tentang kontroversi mengenai proses dan asal usus Kimchi yang digembar-gemburkan berasal dari China.

Kim Soo Ja yang diiktiraf sebagai Kimchi Master Korea nombor satu di Korea bertanya kenapa tidak saja akhiri kontroversi ini dengan isytihar bahawa Kimchi itu asli dari Korea.


“Kenapa tidak buat pengisytiharan dengan mengesahkan Kimchi asli berasal dri Korea bukan negara lain.  Kenapa mesti nak berikan reaksi seperti berdolak-dalik apabila menerima provokasi sedemikian rupa dari negara lain.

“Jika semangat jati diri cintakan negara hilang maka hilanglah sejarah kehidupan anda. Kita perlu selamatkan maruah Kimchi dengan isytihar bahawa Kimchi memang asal dari Korea,” tegasnya.


Sebagai pakar dalam kimchi, Master Kim telah komersialkan 175 jenis Kimchi termasuklah 80 jenis tradisional dan selebihnya rasa fusion. Malah, master kimchi juga telah mengeksport kimchi tersebut ke 28 buah negara termasuklah Russia.

Amaran Master Kimchi semua bermula apabila ada pihak dari China mendakwa bahawa makanan tradisional Korea ini berasal dari negara tersebut.