Lelaki Usia 20-an Ditemui Mati Dalam Tandas OKU Stesen Keretapi

Seorang lelaki berusia dalam 20-an ditemui mati dalam tandas di Stesen Migeum di Seongnam, Wilayah Gyeonggi.

Menurut polis, seorang pekerja stesen yang meronda telah menjumpai seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang terbaring dalam di dalam tandas untuk orang kurang upaya (OKU) di Stesen Migeum sekitar jam 12:30 tengah malam.

Foto Hiasan: XFrame

Mangsa telah dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia. Sewaktu menyiasat, Polis menemui tampalan ubat penahan sakit narkotik di tubuh si mati.

Difahamkan bahawa mangsa tidak mengalami sebarang penyakit kronik tertentu. Polis berkata tiada sebarang tanda kes membunuh ditemui. Bagaimanapun pihak polis akan meminta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan untuk menjalankan autopsi untuk menentukan punca kematian A.

Kongsikan artikel ini