Tak Dapat Bayar Gaji Pekerja, Pengusaha Restoran Mati Sebab Hutang Akibat Korona!

Seorang pemilik restoran berusia lingkungan 50-an yang menghadapi tekanan perniagaan akibat pandemic COVID-19 telah ditemui mati.

Menurut penduduk dan siasatan polis yang dikeluarkan pada 5 Julai, wanita tersebut ditemui mati dalam restoran yang terletak di Soheul-eup, Pocheon-si, Gyeonggi-do sekitar jam 7 pagi pada 2 Julai 2021.

FOTO HIASAN PEXELS

Tidak sebarang bukti menunjukkan kes pembunuhan terhadap si mati. Sebaliknya, mangsa dikatakan mengambil keputusan untuk bunuh diri. Polis tidak akan membuat siasatan lanjut. Wanita tersebut difahamkan menjalankan perniagaan restoran selama setahun dan menghadapi tekanan kerana tidak dapat membayar gaji pekerja kerana hutang berlambung akibat pandemic COVID-19.



Kongsikan artikel ini