Hanya Lelaki Sejati Baca MAXIM! Provokasi Ghairah BJ Gam Jeong Ran & Sisi Lucu Yoo Hee Kwan Mac Ini

Majalah MAXIM yang popular di Korea dengan menampilkan figura yang seksi dan menjolok mata kembali mengegarkan mata pembaca dengan menampilkan dua penghias kulit muka depan.

Edisi Mac 2021 menampilkan pemain Baseball popular Korea iaitu Yoo Hee Kwan dengan mengenakan tuksedo. Bagaimanapun, ekspresi wajah sambil tersenyum itu menunjukkan siri komedi atlet ini dengan dia menunjukkan tiga jenis kad yang tertera fotonya.

Penghias kulit kedua pula ialah seorang personaliti atas talian bernama BJ Gam Jeong Ran. Gaya Jeong Ran sebagai penghias muka depan ternyata mengejutkan ramai orang kerana dia dengan berani bergaya provok dengan hanya memakai bikini dan seluar dalam saja. Malah, ekspresi wajah gersang yang ditampilkan sangat menggoda ramai lelaki.

Penghias muka depan mana menarik perhatian anda?


Selain foto yang berbeza dari kedua-dua penghias kulit muka depan ini, pembaca juga tertarik dengan tajuk yang tertulis berkaitan mereka. Untuk cover Hee Kwan, ayat yang menarik perhatian adalah saya tidak rapat dengan Seo Hyun Sook. Lebih terkejut, ada ayat tertulis jika anda benar-benar lelaki, anda baca Maxim.

Bagi yang tidak mengenali Yoo Hee Kwan, dia baru saja tandatangani kontrak bersama Doosan Bears selama setahun bernilai 1 Billion Won termasuk 300 Juta Won gaji bulanan dan 700 juta won insentif. Dia mengambil keputusan untuk setia bersama pasukan ini walaupun memakan masa yang lama berunding.

Figura ini menyertai Doosan Bear pada 2009 dan merupakan Picher veteran dengan kemenangan sebanyak 97 kali. Balingan dia dikatakan perlahan tetapi kekuatan balingan tersebut mampu mengawal pasukan lawan.

Kongsikan artikel ini