McD Lancar BTS Set, Ada Peminat Tak Puas Hati. Malaysia Terawal Dapat Lepas Raya Nanti!

Restoran Makanan Segera Mc Donald menjadi tular secara tiba-tiba apabila mengumumkan set makanan atau menu baru yang menampilkan bintang KPOP antarabangsa BTS.

Pengumuman tersebut telah dilakukan Mc Donald pada 19 April 2021 dilaman sosial rasmi mereka dengan menamakan menu tersebut sebagai BTS Set. Menariknya, set ini akan dilancarkan di 50 buah negara termasuk Malaysia. Lebih menarik, Malaysia antara negara yang lebih awal boleh merasai menu berkenaan berbanding Korea.

Dalam BTS Set, ia merangkumi menu yang digemari oleh ahli BTS iaitu Taehyung (V), Jimin, J-Hope, Jin, RM, Jungkook dan Suga. Ia terdiri daripada Mc Nuggets, Frendch Fries dengan sos Cajun, Sos Cili manis dan minuman berkarbonat.

Sejak tahun lalu, MC Donald telah mula melancarkan set menu melibatkan artis terkenal. Bagaimanapun, dengan pelancaran BTS Set, ia menjadi pilihan teratas.  


Set ini akan mula dilancarkan secara berperingkat mulai 26 Mei 2021 yang mana di Korea akan mula pada 27 Mei 2021. Antara negara yang pertama mendapatkan menu ini ialah Malaysia, Amerika Syarikat, Israel dan Brazil.

Netizen di Korea dan antarabangsa menunjukan reaksi luar biasa. Ada yang suka ada pula yang tidak puas hati kerana set tersebut dilihat seperti tidak mengenyangkan dan set yang biasa dan sedia ada.

Bagaimanapun, netizen mencadangkan jangan lupa makan tanpa gagal. Ada pula bertanya ada yang sesuatu istimewa dari menu tersebut. Ada juga yang mengatakan ia adalah kombinasi yang terbaik antara Fries dan Mc Nugget.

Kongsikan artikel ini