Mesti Tonton! Sedapnya Nyanyian 11 Artis K-POP Mendendangkan Lagu Bahasa Melayu

Setiap kali artis Korea mengadakan konsert dan persembahan di Malaysia dan Indonesia, pastinya persembahan mereka meninggalkan kesan yang mendalam bagi peminat. Bukan itu saja, banyak nyanyian artis Korea atau K-POP menjadi tular di sosial media. Lebih-lebih lagi apabila mereka mendendangkan lagu Melayu tidak kiralah lagu tersebut hasil ciptaan komposer dari Malaysia mahu pun Indonesia. Sebilangan persembahan artis K-POP itu sangat luar biasa apabila sebutan dan nyanyian mereka mengalahkan orang yang bertutur dalam bahasa Melayu. Ada juga yang menyanyikannya jauh lebih baik dari penyanyi asal. Namun, jika mengkaji di sebalik persembahan tersebut, sudah tentunya orang yang mengajar penyanyi itu mempunyai pengalaman yang luas dalam bahasa Melayu atau paling tidak pun berasal dari Malaysia atau pun Indonesia.

https://www.youtube.com/watch?v=5PVMaAwz8sA

Sebagai contoh, setiap kali juara Big Stage musim kedua, Jang Han Byul menyanyikan lagu Melayu, pasti persembahan tersebut tular dan mendapat markah tertinggi serta pujian melambung dari juri dan juga media. Untuk Han Byul, ramai sedia maklum pengurusnya yang berasal dari Malaysia, iaitu Hyunmin-A yang bertanggung jawab untuk menjaga bahasa Melayu Han Byul.  Istimewa untuk anda, EH! KOREA BUZZ kongsikan anda persembahan artis K-POP yang menjadi tular di sosial media kerana menyanyikan lagu Melayu.

 

Agak-agaknya, persembahan siapa yang paling anda suka?

 

8 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. YESUNG & RYEOWOOK FEAT ROSA- Tegar

8 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini