Dah Tak Malu Berlenggeng, Finalis AWSM Akui Bogel Bantu Mengenali Diri Seseorang Lebih Dekat!

Juara Altitude World Supermodel Malaysia 21/22 (AWSM) bakal diumumkan dalam waktu terdekat. Bagaimanapun, satu persatu cerita dalaman panas terkantoi apabila program Yantera terbitan MYS Studio mendedahkan pelbagai pengakuan panas dari peserta AWSM.

Apa yang mengejutkan, pada minggu terakhir cabaran AWSM yang dijalankan di KSCC (Kuala Selangor Cabin Camp), salah seorang peserta mengakui, dia lebih mengenali hati budi seseorang apabila melihat orang tersebut dalam keadaan berbogel. Malah, pengakuan tersebut disokong oleh seorang peserta yang sudah tiada rasa malu atau hairan tanpa pakaian dihadapan kesemua peserta.

Dalam pada itu, ada yang memberontak kerana tidak selesa dengan tidak memakai pakaian didalam hutan. Disamping itu, keadaan menjadi lebih tegang apabila pihak atasan mengamuk kerana perangai beberapa peserta AWSM yang digelar Muse seperti tidak endah dengan kelas dan ilmu yang telah dikongsikan.

Ketahui kesemua pengakuan panas ini dalam Yantera Minggu Kelima dari MYS Studio yang sudah pasti akan mengejutkan diri anda semua. Adakah calon tersebut layak menjadi wakil Malaysia?


Kongsikan artikel ini