Mohon Bantuan: Tak Pernah Jamah Kurma, Mualaf Korea Masih Belum Lagi Puasa Ramadan Walau Sudah 4 Tahun Peluk Islam

Setiap kali sahabat beragama Islam bertanya mengenai puasa, mualaf Korea ini hanya mampu mendiamkan diri dan mengambil inisiatif buka cerita lain bagi mengelak menjawab pertanyaan tersebut.

Hakikatnya, Mualaf Korea yang mahu dikenali dengan nama YY ini bukannya sombong sebaliknya dia segan kerana walaupun sudah empat tahun memeluk agama Islam, dia masih belum mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim iaitu berpuasa Ramadan.

Malah, YY bukannya tidak mahu mencuba tetapi keadaan dan faktor di sekeliling mendorong dirinya hampir gugur untuk melawan dugaan tersebut. Walaupun bergelar suami kepada muslimah bukan asal Korea, YY sebenarnya berhasrat dan berharap supaya dapat berpuasa pada Ramadan kali ini.

Namun, faktor pandemik COVID-19 telah memisahkannya buat sementara dengan isteri dan perancangannya untuk berpuasa dengan isteri yang dianggap sebagai penguat dan pembimbingnya ke arah muslim murni musnah dan berkecai.

Dalam kekecewaan dan kesedihan tersebut, YY turut memberitahu kerjayanya yang tidak sama seperti orang biasa di Korea sebagai buruh kasar itu melemahkan dirinya lagi. Malah, dia yang masih tinggal bersama keluarganya yang bukan Islam tetapi penganut agama Buddha menyukarkannya untuk mula berpuasa.


Bukannya tidak mahu mencuba atau melawan dugaan tersebut, YY yakin dengan ada isterinya disisi mampu menjamin dia untuk mula berpuasa. Pun begitu, harapan tersebut seakan tidak akan bertemu kata putus kerana bukan saja berpuasa, hasratnya untuk berjumpa isteri semakin meleset dan tempuhi pelbagai rintangan.

Oleh kerana itulah juga, YY tidak ketahui dan tidak pernah tahu kewujudan buah kurma yang sememangnya boleh membantu dia untuk cuba berpuasa dan menahan lapar serta dahaga seharian. Lebih menyedihkan, YY berkata berkemungkinan dia tidak mampu membelinya kerana tidak tahu sama ada ia dijual di Korea atau pun tidak.

Jikalau ada sekalipun, berkemungkinan kurma dijual sangat mahal dan dia tidak mampu untuk membelinya. Ini kerana, untuk makanan harian pun dia terpaksa mengikat perut kerana faktor kerjaya yang tidak memberikan pulangan yang lumayan.

Walau bagaimanapun, menyedari tanggungjawab sebagai mualaf, YY akan berusaha dan mengharapkan doa orang ramai supaya ia dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik dalam keadaan segera. Sesungguhnya, dia tahu ia dosa tetapi dia mengharap sinar Ramadan untuk peluang yang ada tetapi begitu sukar untuk dilaksanakan.  

Kongsikan artikel ini