Nama Paling Banyak Dipilih Ibu Bapa Korea Pada Penggal Pertama 2021 Untuk Anak!!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ranking nama bayi yang menjadi pilihan Korea Selatan telah didedahkan dan mendapat perhatian luar biasa dari warganet.

Carta kedudukan nama bayi lelaki dan perempuan yang menjadi pilihan ibu masa kini telah didedahkan pada 23 Julai 2021.

Keputusan tersebut mendedahkan nama yang menjadi pilihan teratas ialah Lee Jun dengan jumlah sebanyak 1,563 diikuti Seo Jun dan Do Yoon. Nama Lee Jun berada di kedudukan yang ke enam pada tahun lalu tetapi kini menjadi pilihan utama pada pertengahan pertama tahun 2021.  

Walaupun masih berada ditangga teratas, nama Do Yoon merosot kerana tahun lalu ia berada di tangga pertama dan kini berada di pilihan yang ketiga saja. Isu bangkit apabila warganet membahaskan sama ada nama Doyoon akan terus kekal ditangga tersebut apabila perbezaan dengan tangga ke empat untuk nama Ha Joon hanyalah 55 orang saja.  

FOTO HIASAN INLIGHT STUDIO


Untuk nama perempuan pula, Seo Ah menjadi tangga pertama dengan jumlah sebanyak 1369 orang. Lee Seo dan Ha Yoon berada di kedudukan dua dan tiga. Pada tahun lalu, nama Lee Seo berada di tangga ke 24 dan mengejutkan apabila secara mendadak berada di tangga teratas.

Netizen juga berdebat sama ada nama ditangga kedua dan ketiga iaitu Ha Yoon dan Lee Seo akan kekal di situ kerana perbezaan yang sikit. Perbezaannya hanyalah 10 orang saja.

Secara kesimpulan, warganet mengatakan nama-nama ini sebagai trend tetapi kesemuanya nama yang indah.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini