Dating 10 Lelaki Kaya Sebelum Bunuh Suami Pertama, Nenek Bunuh 3 Suami Dijatuhi Hukuman Mati !

Seorang pembunuh bersiri wanita berusia lingkungan 70-an telah dijatuhi hukuman mati. Dia dilaporkan membunuh suaminya di Jepun selepas tidak dapat menerima wang insuran dan warisan harta suami.

Menurut laporan media BBC, CCN dan media antarabangsa yang lain pada 30 Jun 2021, Jisako Kakehi adalah seorang pembunuh dan telah membunuh tiga orang lelaki bergelar suaminya iaitu Isao, Minoru Honda dan Minoru Hioki.

Pembunuh telah ditahan pada November 2014 dan digelar Labah-Labah Hitam Beracun sehingga membuatkan masyarakat Jepun gerun dan bising tentangnya.

Kakehi telah membunuh suaminya Isao dirumahnya pada December 2013. Mayat suaminya itu ditemui mati selepas sebulan mereka berkahwin. Hasil siasatan, mayat tersebut telah menerima lebih dos cyanide.


Siasatan turut mendedahkan, sebelum membunuh Isao, dia pernah membunuh dua orang lelaki menggunakan cara yang sama yang mana lelaki tersebut juga adalah suaminya.
Kakehi menetapkan dirinya sebagai penerima insurans hayat mangsa dan membunuh mereka untuk mewarisi wang insurans dan harta benda.

Suehiro, yang dipercayai menjadi mangsa keempat, mujur terselamat dengan memakan sedikit sianida, tetapi lama-kelamaan dia meninggal dunia akibat kanser.

Foto hiasan PEXELS


“Aset Kakehi dan wang insurans yang dicuri daripada lelaki yang terlibat berjumlah 1 bilion yen. Kakehi membelanjakan sebahagian besar wang untuk pelaburan saham dan hilang.” Kata pendakwaraya.

Kakehi, yang pertama kali berkahwin pada usia 24 tahun, menyertai syarikat maklumat perkahwinan selepas menderita kerana kematian suaminya pada tahun 1994.

Syarat-syarat lelaki lain yang dia menuntut daripada syarikat maklumat perkahwinan itu “kaya dan tidak mempunyai anak.”

Sebelum kematian suami pertamanya, Kakehi pernah bertemu janji dengan lebih 10 lelaki dan kebanyakan lelaki berusia.

Kongsikan artikel ini