Netizen Korea Nak Halau Daud Kim…Pedasnya Komen Orang Korea Buat Daud Kim!

Sungguhpun Youtuber Mualaf Korea, Daud Kim telah membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu panas berkaitan dirinya di saluran Youtubenya, namun masih ramai lagi yang kurang berpuas hati dengan permohonan maaf tersebut.

Ada yang menganggap pemohonan dan pengakuan tersebut tidak ikhlas kerana ia adalah suntingan video dan tidak dibuat secara langsung. Apatah lagi, dia dilihat membaca skrip atau teks yang telah disunting.

Bagaimanapun, sebilangan peminat Daud Kim menganggap isu ini adalah kisah lama dan memaafkan jejaka yang popular dikalangan pengikutnya yang beragama Islam di seluruh dunia. Pun begitu, ada juga pengikut tegar Daud Kim telah menyerang mereka yang terlibat dengan videonya sebelum ini dengan mengugut mereka yang bukan-bukan.

Mereka yang muncul dalam video berkenaan dituduh tidak kenang budi dan tidak sudi membantu kawan. Padahal, kebanyakan mereka yang ada dalam video tersebut boleh dikatakan mangsa eksploitasi Daud Kim yang mengaku menggunakan Islam demi meraih keuntungan dan populariti.

Kes salah laku seks yang dilakukan Daud Kim membuatkan seluruh masyarakat Korea bukan saja masyarakat Islam Korea tidak boleh memaafkannya kerana ia mencemar dan membuatkan imej Korea buruk. Oleh itu, netizen Korea rata-rata amat marah dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Daud Kim.

Macam-macam komen telah diberikan kepada Daud Kim sehinggakan ada yang boleh membuatkan orang tersebut jatuh terduduk jikalau tidak tahu mengawalnya. Tidak pula komen netizen antarabangsa yang seakan menganggap perkara ini rutin biasa dan seolah-olah tidak percaya.

Ini antara komen pedas lagi panas yang dibuat netizen Korea terhadap Daud Kim. Kebanyakannya telah ditulis dalam Bahasa Korea.

  1. Perangai macam setan. Aku tak ingin jumpa dia langsung.
  2. Imej macam Sampah. Memalukan orang Korea.
  3. Dia ibarat pembunuh. Gangguan Seksual atau rogol seperti membunuh karaktor seseorang.
  4. Jangan jadi youtuber lagi.
  5. Kami memang marah. Tidak boleh dimaafkan.
  6. Pergi Berambus Dari Korea.
  7. Pengotor dan menjijikkan.
  8. Gila!
  9. Perlu dihukum !
  10. Penipu besar dan jahat.

Rata-rata tiada satu pun komen berunsur nasihat kerana netizen Korea ternyata kecewa dan malu dengan perbuatan Daud Kim. Apa yang akan terjadi pada Daud Kim? Adakah dia masih meneruskan kerjanya sebelum ini?

Diharap Daud Kim kuat dan tabah. Ini kerana ada juga risau Daud Kim bakal buat sesuatu perkara yang tidak diinginkan seperti membunuh diri memandangkan kes bunuh diri sangat tinggi di Korea.

Kongsikan artikel ini