Dibiarkan Kebulur & Ditampar, 29 Kanak-kanak termasuk 11 OKU Di Pusat Penjagaan Telah Didera Lebih 300 Kali!

Pusat penjagaan kanak-kanak dilaporkan telah mendera 29 Kanak-kanak yang tinggal di situ dengan ditampar serta tidak dibiarkan kelaparan dengan di mengambil dulang makan mereka. Perkara tersebut dilaporkan telah berulang lebih 300 kali.

Menurut kes penyiasatan yang telah pun selesai dijalankan pihak polis, pusat penjagaan tersebut terlatak di tengah bandar Pulau Jeju, Korea Selatan. Perkara ini telah disahkan pada 20 Mei 2021 oleh agensi polis dengan menghantar surat kepada pengerusi pusat tersebut atas dakwaan mendera.

Jumlah yang ditahan sebanyak 10 orang yang terdiri daripada guru dan pengetua pusat tersebut. Dari jumlah yang ditahan, tiga daripada mereka disabitkan kesalahan mendera manakala selebihnya ditahan kerana bersubahat.

Polis memaklumkan bahawa guru-guru ini telah menolak kanak-kanak di situ dan memukul di bahagian perut banyak kali. Malah, guru itu juga telah menampar muka kanak-kanak berkenaan sehingga tersungkur di lantai.

Foto hiasan dari X-Frame


Penderaan emosi juga telah dilakukan yang mana dulang makanan kanak-kanak ini telah ditarik sewaktu mereka sedang makan dan memaksa mereka memandang ke bumbung apabila mereka dikatakan melakukan kesalahan.

CCTV dari pusat penjagaan tersebut telah mendedahkan segala perbuatan mereka dari 9 November sehingga 15 Februari 2020. Video CCTV selama 57 hari itu disemak tidak termasuk hari minggu dan hari yang mana mereka terpaksa tutup di sebabkan COVID-19 mendapati cikgu di situ telah mendera mereka 300 kali.

29 mangsa dikenal pasti berusia dari setahun hingga lima tahun. 11 daripada mereka ialah golongan OKU yang mana pusat penjagaan tersebut juga membuka perkhidmatan menjaga kanak-kanak istimewa.

Kongsikan artikel ini