Respon MengejutKan Bila Only One Of Lancar Lagu Livido + Koreografi Mengghairahkan

Kumpulan KPOP Only One Of menjadi bualan netizen Korea apabila mereka tampil dengan persembahan kontroversi sempena comeback mereka. Difahamkan, kumpulan ini telah membuat kemunculan semula dengan lagu berjudul Livido pada 8 April 2021 yang mana ia berasal dari perkatan Libido yang ertinya berunsurkan seks.

Malah, koreografi lagu ini turut mengundang kontroversi dan kemarahan kerana mengunakan string dalam tarian serta penampilan ahli kumpulan ini yang bersentuhan tubuh antara satu sama lain.  

Persembahan Comeback tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi M Countdown. Pihak mereka menerima pelbagai komen dan kecaman dengan melabelkan persembahan tersebut adalah satu konsep yang  tidak pernah berlaku sebelum ini dalam pasaran KPOP.

Ia dianggap segar dan baru tetapi terlalu merangsang dengan membuat naluri seksual ke dalam koreografi.

Memberi respon terhadap komen netizen, salah seorang ahli Only One Of tidak menyangka menerima komen yang tidak didugda.

“Saya jangka komen yang lain, tetapi saya terkejut ia lebih panas dari yang disangka. Saya berfikir tentang mengarahkan pentas mengikut tema naluri manusia dan impuls.

“Saya fikir mereka berminat dengan prestasi kerana ia selesai dalam konteks yang sama.Jika anda belajar jalan cerita dalam muzik, anda boleh memahami maksud sebenar. Apakah maksud sebenar tarian ini menggunakan string?


“Saya menekankan tema muzik menggunakan alat yang dipanggil string. Ia juga merupakan peranti yang membawa kepada lebih banyak imaginasi.” Kata Lee.

Dalam pada itu, dia tahu ramai terkejut dengan penampilan muzik dan tarian baru mereka.



“Pasti ramai orang terkejut, jadi anda boleh menikmati persembahan estetik OnlyOneOf yang anda tidak dapat lihat di mana-mana peringkat. Terdapat banyak perkara lain, jadi anda boleh mencari pelbagai keseronokan jika anda menontonnya berulang kali.”

“Saya berharap anda menikmati persembahan keseluruhan dan bukannya memberi tumpuan kepada hanya satu adegan. Sila lihat pada aliran prestasi keseluruhan,” jelas Lee.

Kongsikan artikel ini