Dalam menilai sama ada mahu terus bekerja dan menetap di Malaysia, seorang lelaki Korea terkedu apabila menghadapi kenangan pahit dan menyeram apabila dia melawat Petaling Street.
Waktu itu dia pergi ke sana bersama rakan dari luar negara yang lain sewaktu bulan puasa. Sewaktu dia mahu pulang ke penginapan, dia pun menahan satu teksi yang lalu di situ.
Sewaktu bertanya mengenai caj tambang, secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut menawarkan oppa Korea ini dadah. Tak ingat apa nama jenis dadah tersebut, pemandu teksi itu menjualnya secara terbuka dan turut menawarkan kepada sesiapa yang naik teksinya.
Harganya pula memanglah mahal tapi tawaran tersebut membuatkan oppa korea ini takut. Dia terus menghubungi kawan baiknya yang juga orang lokal mengadu akan hal ini.
Oppa korea itu tidak jadi mengambil teksi berkenaan dan mengambil keputusan untuk pulang jalan kaki ke rumah penginapannya kerana fobia. Dia berjalan kaki dari petaling street hingga ke kondonya berdekatan lalaport.
Pada awalnya Oppa Korea ini rasa tidak selesa tinggal di Ibu Kota. Bagaimanapun, perasaan berubah apabila mengenal dengan lebih dekat tentang Malaysia. Namun, kejadian yang berlaku ini membuatkan dirinya kembali fobia.
Dia sangat takut dan mahu laporkan hal ini kepada polis. Namun, dia tidak mampu melakukannya kerana dia takut diugut oleh pemandu teksi itu. Apakah tindakan yang sepatutnya di buat oleh Oppa Korea ini?
Terbaru, Oppa Korea ini telah meninggalkan Kuala Lumpur. Dia terus tidak jadi bekerja dan menetap di Malaysia. Namun, dia tertawan dengan orang Malaysia yang sangat mesra. Dia juga mengatakan Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri dan tidak sangka insiden ini telah mencemarkan banyak hal.