Kejutan Budaya! Orang Korea Pelik Dengan Jamban, Monyet & Tudung Di Malaysia!

Saluran youtube Gimmebaik yang menampilkan tiga jejaka Korea iaitu Hee Tae, Hyun Seok dan Jae Won sering saja mendapat perhatian ramai. Mereka yang dikatakan youtuber Korea versi lelaki Blimey sering saja membahaskan isu berkaitan Malaysia.

Bagi yang tidak tahu, sebelum ini Blimey yang terdiri dari 3 wanita Korea antara youtuber Korea yang paling popular fokus membincangkan tentang Malaysia. Kembali dengan Gimmebaik, video terbaru dari mereka yang membahaskan kejutan budaya orang Korea terhadap Malaysia.

Perkongsian tersebut dibuat berdasarkan kehidupan Hyun Seok yang pernah menjadi pelajar di Malaysia. Selain terkejut, banyak reaksi jenaka diberikan penonton apabila salah satu kejutan budaya yang dikatakan melibatkan haiwan Monyet.

Hyun Seok. Foto Instagram


Menurut mereka, orang Korea menganggap monyet sebagai haiwan yang comel tetapi di Malaysia haiwan tersebut dikatakan bahaya dan menyerangnya. Malah, hostel di mana tempat Hyun Seok menginap sepanjang menjadi pelajar di Malaysia sering saja di datangi monyet.

Tunjang utama Gimmebaik

Perkongsian mereka terus menimbulkan jenaka apabila dia berkongsi cerita tentang keadaan jamban atau tandas di Malaysia. Ternyata pengalamannya memang sangat lawak serta agak kotor.

Dalam pada itu, kenyataan jejaka ini tentang hijab di Malaysia mengambarkan sesuatu yang terbaru. Nak tahu apa dia, anda bolehlah menonton sendiri pengakuan dan perbandingan yang dibuat mereka terhadap kejutan budaya antara Malaysia dan Korea.

Kongsikan artikel ini