Jenayah Perkauman Meningkat Sebab Covid-19, Tentera Udara Bangsa Korea Dibantai & Diugut Bunuh Di Los Angeles !

Seorang lelaki berdarah kacukan Korea dan Amerika diusia 20 tahun telah diugut bunuh di Korea Town, Los Angeles, Amerika Syarikat. Menerusi siasatan polis, insiden berkenaan di bawah kes jenayah kebencian dan sedang dalam proses mengesan suspek.

Menurut laporan Komuniti Korea di Los Angeles dan NBC pada 25 Februari 2021, Danny Kim yang bertugas dalam US AIR Force telah diserang oleh dua lelaki Hispanish apabila dia pergi mengunjung Korea Town pada 16 Februari.
Kejadian tersebut telah mengakibatkan Danny Kim, 27, cedera di bahagian hidung dan lebam di bahagian mata.

“Mereka telah memukul saya di bahagian dahi dan mata. Saya jatuh ke lantai tetapi mereka terus memukul saya. Mereka hampir membunuh saya. Saya jadi takut kerana saya boleh hilang nyawa,” kata mangsa.


Dua individu tertuduh yang dipercayai di usia lingkungan 30 tahun telah mengeluarkan kata Qingchong yang digunakan oleh masyarakat barat terhadap orang China dan virus china yang merujuk kepada Corona Virus!

Kim berjaya meloloskan diri dari terus dipukul atas bantuan seorang lelaki bernama Joseph Cha yang kebetulan berada berhampiran di tempat kejadian.

“Mujur saya ada di situ. Saya menjerit kepada mereka supaya berhenti. Mereka telah bersumpah dan berteriak dengan kata-kata kesat perkauman yang berkaitan China,” kata Cha.

Jabatan polis dari LA sedang menyiasat kes tersebut termasuklah menyemak video CCTV dan saksi kejadian.

Dalam pada itu, Danny Kim meluahkan bahawa dia menghadapi pelbagai pengalaman buruk sepanjang bertugas sebagai tentera udara.

“Saya mempunyai banyak pengalaman diskrimasi perkauman. “Saya tidak pernah merasakan bahawa saya tergolong di mana-mana sahaja,” ujarnya.

Kim turut memberitahu bahawa terdapat lebih 3000 kes jenayah perkauman orang Asia di Amerika Syarikat sejak berlakunya Covid-19.

“Apa yang mereka lakukan sangat menjijikkan dan tidak adil,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, CEO cawangan LA untuk Asian American Justice Promotion Center, Jung-Jo turut memberitahu masalah yang dihadapi masyarakat Asia di Amerika.

“Tindakan yang dilakukan oleh Kim adalah satu perkara yang berani dengan memberitahunya kepada pihak publik. Banyak orang Asia di Amerika menderita kerana jenayah perkauman,” jelas Connie Jung.

Lebih mengejutkan, kes yang berlaku kepada Danny Kim antara 240 kes yang melibatkan masyarakat Asia yang menetap di Amerika Syarikat dengan melibatrkan kes buli.


Kongsikan artikel ini