Tempe Makin Popular Di Korea Sehingga Mereka Samakan Tempe Dengan Cheonggukjang

Sejak kebelakangan ini, peminat makanan berasaskan protein dari sayur semakin meningkat. Malah, isi kandungan makanan protein dari sayur menarik perhatian ramai orang Korea berbanding protein yang sebelum ini sering diperolehi dari daging.

Terbaru, orang Korea sangat terkejut dengan makanan yang kelihatan sama seperti tofu tetapi rasanya seperti Cheese dan permukaannya seperti daging. Makanan tersebut ialah Tempe yang popular dikalangan orang yang suka berdiet dengan makan sayur saya.

Yang menjadi tanda tanya oleh orang Korea, apakah bahan tempe sehingga mampu menggantikan protein yang samas seperti daging? Tempe yang popular di kalangan masyarakat Indonesia dan Malaysia ini dikatakan seperti Tofu tetapi menyerupai makanan Korea iaitu Cheonggukjang. Persamaan tersebut dikatakan pada proses pembuatannya.

Chef Selebriti Korea pun syorkan tempe.


Sebilangan orang Korea yang pernah merasa Tempe, rata mengatakan ia seperti memakan cheese kerana bau dan rasanya. Malah, betul dan permukaan sama seperti bebola daging. Oleh kerana itu, Tempe sekarang ini menjadi popular di Korea kerana ia mampu menggantikan daging. Populariti ini khusus buat peminat makanan berasaskan sayur.

Tempe merupakan makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mampu membantu menguatkan lagi otot. Pelbagai cara makan tempe dilakukan oleh orang Korea sehingga ada yang mencampurkan tempe dengan bulgogi. Ramai juga orang Korea gantikan Tempe dengan daging yang lebih mahal dijual di pasaran Korea.