Bukan Sembarangan, Park Hae Soo #SquidGame Menang 4 Anugerah Hebat Di Korea!

Pemain peranan Player 218 atau watak bernama Cho Sang Woo dalam drama Netflix #SquidGame bukanlah sembarangan pelakon di Korea. Wataknya dalam drama ini menjadi perhatian kerana dia belajar di Universiti terkemuka iaitu Seoul National Universiti dan mahu mencuri duit dari pelanggannya. Dalam siri ini dia bekerja sebagai ketua dalam syarikat pelaburan.

Sebelum terkenal menerusi drama tular ini, Hae So mula dalam bidang lakonan sebagai pelakon teater muzikal. Dia juga banyak berlakon dalam siri netflix termasuklah Prison Playbook dan  Racket Boys. Dia berkahwin pada 2019 dan baru saja menerima putera sulung pada 29 September lalu.

Pada 2017, dia yang menjadi pelakon utama Prison Playbook menaikan namanya dengan menang anugerah pelakon baru lelaki terbaik di The Seoul Awards.

Dia juga menang angerah pelakon baru terbaik di Blue Dragon Awards pada 2019 menerusi drama YangJamoolrihak. Pada 2020, menerusi drama yang sama, dia merangkul anugerah sama di Chunsa Film Art Award. Sebelum itu, pada 2018 dia muncul sebagai aktor baru terbaik dalam drama  Seulgirowun Gamppangsaenghwal di  The Seoul Awards

Kongsikan artikel ini