Netizen Syak Aktor Yoo Ah In & Pelukis Choi Ha Neul Ada Hubungan Intim. Ini Buktinya!

Instagram milik pelakon berbakat besar, Yoo Ah In menjadi topik hangat apabila aktor yang banyak kali memenangi anugerah pelakon terbaik di Korea telah muat naik foto seorang lelaki kacak di laman Instagram miliknya itu.

Sebaik saja melihat kemaskini tersebut pada 7 Mac 2021, peminat terkejut dan bertanya siapakah gerangan lelaki yang secara tiba-tiba fotonya muncul di Instagram pelakon Yoo Ah In. Lebih hangat lagi, lelaki tersebut juga memuat naik foto Yoo Ah In di laman Instagram pada hari yang sama.

Foto yang dimuat naik.


Selepas dikenal pasti, foto lelaki yang dimuat naik Yoo Ah In adalah pelukis dan artis seni bernama Choi Ha Neul. Kesangsian terus tercetus apabila masing-masing meninggalkan komen berbau intim.

Yoo Ah In.



Yoo Ah In telah menulis kenapa anda buka mata anda seperti itu untuk foto yang Choi Ha Neul yang dimuat naik di Instagram. Selain itu, Choi Ha Neul turut sama muat naik foto Yoo Ah In yang mempunyai tulisan komen yang sama. Apabila diteliti, Choi Ha Neul pernah muat naik foto bersama Yoo Ah In yang turut sama dicurigai ramai.

Antara foto yang dimuat naik Choi Ha Neul.



Sebelum hubungan mereka diperkatakan, kedua figura ini telah menunjukkan prebieu muzik video yang menampilkan Yoo Ah In sebagai pelakon. Pada awal Februari, Yoo Ah In baru saja dinobatkan sebagai pelakon lelakik terbaik untuk Festival Filem Blue Dragon untuk filem berjudul Without A Sound. Manakala, Choi Ha Neul mula aktif sejak 2018 dengan pameran solo Cafe Contakhoff diikuti pameran Sham pada tahun lalu.

Apakah provokasi yang dilakukan mereka ini? Benarkah mereka pasangan kekasih atau lebih kepada kawan baik? Mungkin jua pasangan Bromance. Apapun, tunggulah pengumuman rasmi dari figura ini yang sering tampil dengan watak yang luar biasa. Mungkin jua posting tersebut hanya sekadar gimik untuk watak terbarunya Yoo Ah In.  

Kongsikan artikel ini