Pelajar Kolej Lelaki Umur-20an Ditahan Merakam Foto Bogel Wanita Yang Mabuk Sedang Tidur

Seorang pelajar kolej yang merakam foto bogel sewaktu tidur ditahan polis. Balai Polis Gwangjin di Seoul melaporkan pada 26 Jun bahawa penyiasatan dan pendakwaan telah dibuat terhadap lelaki berusia 20 tahun kerana melanggar akta jenayah seks.

Foto hiasan PEXELS


Lelaki berkenaan didapati telah merakam gambar bogel banyak kali dengan menggunakan telefon pintar sewaktu wanita tersebut tidur selepas mabuk di rumah mangsa.

Selepas menerima laporan, polis telah mengesan dua telefon pintar milik lelaki berkenaan dan akan disiasat lebih lanjut ke pihak forensik.

Foto hiasan PEXELS

“Sebaik saja siasatan forensic selesai, kami akan menyiasat sama ada pesalah menyebarkan foto tersebu atau pun tidak. Adakah ada lagi mangsa yang terlibat dan sama ada lelaki ini melakukan jenayah seks yang lain,” kata wakil polis.

Kongsikan artikel ini