Pemandu teksi didapati secara mengejut telah menyerang seksual terhadap seorang wanita lingkungan 20 tahun yang mabuk secara berkumpulan.
Jabatan Hal Ehwal Jenayah Mahkamah Daerah Gwangju menerusi Hakim Roh Jae-ho mengumumkan pada 23 April 2021 bahawa pesalah tersebut telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun di atas pertuduhan khas separa rogol di bawah akta hukuman keganasan Seksual.
Malah, pesalah juga telah diarahkan memakai buku lali elektronik selama 10 tahun.
Seorang lagi pemandu teksi yang berumur 38 tahun dan 24 tahun yang melakukan jenayah itu dengan pesalah utama masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat tahun penjara.
Sebutan kes telah mendapati lelaki berusia 24 tahun telah meletakkan wanita tersebut yang dalam keadaan mabuk dalam teksinya sekitar jam 5 pagi pada 9 Oktober tahun lalu di daerah Sangmu Seo-gu, Gwangju.
Pemandu tersebut yang telah membawa mangsa melakukan panggilan kepada dua lagi pemandu teksi dengan memberitahu dia membawa seorang wanita mabuk di dalam teksinya.
Selepas mendapat tahu, salah seorang pemandu teksi yang berumur38 tahun itu mahu wanita tersebut diletakkan dalam keretanya. Sejam kemudian mereka bertemu pemandu teksi berumur 24 tahun dan memindahkan wanita tersebut ke dalam teksinya.
Sejurus selepas itu, pemandu 38 tahun itu telah membawa wanita itu ke Studio A di Gwangsan-gu, Gwangju dan merogolnya bersama seorang lelaki pemandu teksi yang telah menunggunya di situ.
Polis turut mendapati, sebelum melakukan jenayah ini, pemandu teksi yang telah menunggu di studio itu telah merogol 3 wanita mabuk selama setahun mulai Mei 2019 dan memfilemkan mayat mangsa di telefon bimbitnya.