Panas!!! Alan, Jeeks & Syaqer Dituduh Membenci Justin Ho Kerana…

Walaupun juara Altitude World Supermodel Malaysia (AWSM), Justin Ho tidak kisah akan tindakan beberapa finalis yang tidak menyukai atau tidak puas hati dengan kemenangannya, teka-teki empunya badan yang membenci Justin Ho masih dicari.

Dari pencarian tersebut, tiga nama yang disebut membenci Justin Ho dan tidak puas hati adalah Alan, Jeeks dan Syaqer. Alan dituduh kerana dia pernah menyatakan bahawa Justin Ho patut disingkirkan pada episod pertama Yantera. Oleh itu, ramai menyangka Alan adalah orang yang menabur fitnah kerana semangatnya untuk merebut gelaran juara.

Dalam pada itu, memandangkan orang yang tidak menyukai itu telah mengatakan bahawa Justin Ho tidak layak kerana tidak mencerminkan dan melambangkan Malaysia, satu-satunya peserta orang Asli iaitu Jeeks turut dituduh. Ini bersebab kerana Jeeks dikatakan sangat mencerminkan Malaysia dan dia juga pernah buat kenyataan panas  terhadap pemilihan individu yang sepatutnya disingkirkan.

Jeeks (kiri) dan Alan.

Selain mereka berdua, Syaqer juga dituduh kerana dia seorang saja yang memiliki wajah Melayu walaupun ada sorang lagi peserta bangsa Melayu iaitu Sheik. Nama Sheik tidak naik kerana wajahnya tiada ciri berbangsa Melayu. Tuduhan tersebut dianggap tidak logik kerana tiada bayangan yang mengatakan finalis yang benci dan tidak puas hati dengan Justin Ho itu untuk menaik nama sendiri.

Sama ada betul atau tidak, mungkin Alan, Syaqer dan Jeeks perlu menjawabnya sendiri. Apa sekalipun, sewajarnya perkara sebegini tidak wajar berlaku walaupun resam rumah sudah siap pahat berbunyi itu adalah satu perkara biasa.

Kalau selepas ini mereka sudah membuat kenyataan dan menafikan, tinggal 5 peserta yang lain iaitu Dave, Joshua, Kryz, Sheik dan Justin Choo. Apapun kena berani untuk selamat dan terus berkarya dalam dunia peragaan. 

Kongsikan artikel ini