Pembunuh Mangsa Tikam Lelaki 49 Kali Di Leher Tak Mengaku Salah Sebaliknya Merakam Segala Tindakan Kejam Itu!

“Saya bunuh dia tapi saya tidak rasa teruja, kelakar atau bersalah. Cuma rasa menyampah. Saya Cuma mahu tahu, kenapa saya membazir waktu melakukan perkara yang tidak seronok, tidak bermakna dan menjijikkan ini. Perlukah saya tidak mulakan semua ini,” itulah luahan rasa pembunuh.

Pembunuh berusia 23 tahun telah dihukum penjara kerana menikam lelaki berusia 50 tahun sewaktu mendaki gunung dengan senjata di Inje, Daerah Gangwon. Pembunuh ini jga telah menikam si mati sebanyak 49 kali di leher tanpa rasa bersalah.

Pihak mahkamah tinggi Seoul Chuncheon telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup  kepada Lee yang berusia 23 tahun yang didapati membunuh pada 12 Mei 2021.

Pesalah didapati telah menikam mangsa di bahagian leher dengan senjata yang telah disiapkan, Malah, dia membunuh dengan kejam yang dikenal pasti cara pembunuhan berbeza. Walaupun melakukan jenayah pembunuhan, pembunuh tersebut telah menulis sesuatu yang mengejutkan di diarinya dengan mengatakan dirinya tidak bersalah dan simpati langsung.

Bukti di tempat lokasi. Foto Yonhap News


“Membunuh orang lebih mudah dari benda lain sejak saya menjadi senior di seolah. Rasa mahu membunuh telah lama difikirkan dan ia datang dari minda saya,” kata Lee.

Mendegar dari pengakuannya, pembunuh tidak pula mengaku bahawa dia mempunyai masalah mental atau cacat anggota. Oleh itu, pihak mahkamah mengatakan tingkah laku sukar diramal dan dia perlu diasingkan dari dunia luar.

Bagaimanapun, pembunuh yang memohon maaf kepada mangsa dan keluarga masa diragui keikhlasan permohonan maafnya.

Lee telah pun mula menjalani hukuman pejara bermula 11 Julai tahun lalu dengan tuduhan membunuh lelaki usia 56 tahun di pintu masuk tempat pendakian di Bukmyeon, Inje Gun.

Dia telah menunjukkan perangai pelik dengan merakam segala pembunuhan tersebut secara terperinci dalam diarinya. Malah, dia juga mencari lesen pemburu dan cuba membeli pistol sebagai bahan untuk membunuh serta berlatih menyerang dengan sandbags.


Kongsikan artikel ini