Penyertaan Aktor Korea Meningkat, Aktor Thai Unggul Monopoli & Juarai 100 Aktor BL Terkacak 2021

Walaupun pertandingan 100 Aktor BL Terkacak tidak sehebat dan sengit 100 Lelaki Terkacak dunia, pertandingan yang dianjurkan Wei Yeng Star Studio ini semakin menular apabila ia telah mula dijalankan pada 2018. Malah, keputusan pertandingan bagi 2021 mengejutkan ramai pihak apabila pertandingan yang selama ini di monopoli aktor dari Thailand dan Filipina menerima saingan sengit dari aktor Korea, Taiwan dan China.

Lebih mengejutkan lagi, keputusan ini turut tular dirantau Asia termasuk Malaysia selepas mengumumkan senarai penuh 100 aktor BL terkacak 2021sekaligus menobatkan aktor Thailand iaitu Kanawut Traipipattanapong sebagai juara terbaru.

Juara Baru- Kanawut

Keputusan tersebut membuatkan kemenangan kali ke empat buat aktor dari Thailand yang mana pada 2018 Krist Perawat, 2019 Perth Tanapoh dan 2020 Mew Suppasit menjuarai carta ini. Apa yang pasti, peratus penyertaan juga meningkat yang mana 100 aktor telah bertanding dari seluruh dunia serta menerima undian sah lebih 900 ribu undi.

Walaupun pertandingan ini lebih kepada tertumpu kepada masyarakat yang menyokong drama berkonsep BL (Boy Love) atau golongan LGBT, industri perfileman dari Korea memberikan saingan dengan menerbitkan banyak drama online berkonsepkan BL. Oleh itu, keputusan 2021 menyaksikan 6 aktor Korea berada dalam carta.

Lee Sikang Berlakon Hingga ke Taiwan


Berikut ialah aktor Korea yang tercalon.

Yeong Seung Ho- 99
Tak Woo Suk- 98

Lee Si Kang-85
Jang Eui Soo- 75
Lee Se Jin- 67
Han Gi Chan-65

Bagaimanapun, keputusan 2021 sekali lagi menyaksikan lebih separuh aktor Thailand yang tercalon dan ia bermakna industri perfileman cerita berkonsepkan BL semakin meningkat dan mendapat perhatian penonton. Ia juga terbukti, filem berkonsep ini turut ditonton dari masyarakat luar dari Thailand terutama sekali rantau Asia Tenggara.

Kongsikan artikel ini