Pengikut Daud Kim, Chani Peluk Islam Secara Online Selepas 6 Bulan Dalami Islam

Pada 6 Mac 2021, Youtuber Mualaf dari Korea, Daud Kim atau Kim Jae Han telah mengumumkan bahawa pengikutnya yang berasal dari Korea baru saja menyertainya sebagai mualaf dari Korea.

Pengumuman tersebut telah dilakukan Daud Kim menerusi video terbaru di saluran Youtubenya yang mempunyai 2.53 Juta pengikut.  Individu yang dimaksudkan juga adalah seorang youtuber di Korea bernama Byeong Chan.

Pertemuan pertama kali dengan Daud Kim.


Difahamkan, Byeong Chan atau lebih dikenali dengan nama Chani membuat keputusan memeluk Islam selepas enam bulan mempelajari dan mengkaji tentang Islam.

Malah, Chani turut mendedahkan minatnya tentang Islam sewaktu dia menjalani khidmat tentera dan bertemu sahabat yang beragama Islam. Chani yang berasal dari Pulau Jeju dan berusia 22 tahun pada mulanya sama seperti kebanyakan orang Korea yang pandang serong tentang penganut agama Islam.

Sewaktu mula mengenali Daud Kim


Mengambil keputusan memeluk Islam pada penghujung Februari 2021, Chani memaklumkan pada asalnya dia mahu melafazkan khalimah Syahadah di masjid. Namun, kerana pandemik COVID-19 hasrat tersebut tidak mampu dilaksanakan dan dia telah rasmi menjadi Islam secara lafaz atas talian.

Turut mengakui Daud Kim sedikit sebanyak membantunya untuk kenal erti Islam selepas menjadi pengikut setia Daud Kim. Malah, dia berhasrat mahu menjadi lebih rapat dengan Daud Kim dan menganggap Daud sebagai abang.

Video penuh pengakuan tersebut.

Pelbagai perkongsian telah dibuat Chani dan Daud Kim dalam video berkenaan. Kedatangan Chani ke dalam Islam amat dialukan dan menerima ribuan komen positif. Namun, ada juga tidak mahu terlalu gembira kerana pengakuan yang dibuat Chani seperti pernah didengari oleh segelintir orang Korea berstatus Youtuber.


Diharap Chani terus tabah dan kental mendalami Islam. Chani juga diharap tidak mudah terpengaruh dan mengenal Islam dengan orang yang lebih tepat. Jangan menjadi segelintir pihak yang menumpang populariti dan kemegahan Islam.

Kongsikan artikel ini