Pengasuh Budak Mendera Kanak-Kanak 3 Tahun Depan Ibu Bapa Kini Disiasat Polis!

Kanak-kanak berusia 3 tahun dilaporkan telah didera di pusat penjagaan kanak-kanak di Eungpyeong-gu, Seoul. Kini, kes ini sedang disiasat polis.

FOTO HIASAN PEXELS

Menurut laporan polis yang telah dikeluarkan pada 24 Julai 2021, Pihak Agensi Polis Jenayah Wanita Metropolitan Seoul telah menyiasat dan mendapati pengarah pusat penjagaan berkenaan bersama seorang guru telah melanggar akta penjagaan kanak-kanak.

Mereka sudah pun mula disiasat pada April 2021. Kedua-dua tertuduh ini telah dilaporkan melakukan penderaan tersebut pada Mac 2021 dengan menampar dan menolak budak berkenaan dibahagian pipip dan punggung.

FOTO HIASAN PEXELS


Dalam masa yang sama, ibu bapa kanak-kanak tersebut sendiri telah menyaksikan insiden berkenaan dan terus melaporkannya kepada pihak polis. Malah, perkara tersebut telah dibuktikan melalui CCTV di pusat penjagaan tersebut.


Kongsikan artikel ini