Warga Asing Langgar SOP, Berpesta Sakan Tepi Pantai Tanpa Pelitup Muka Terlepas Hukuman!

Pada 31 May 2021, penjarakan sosial di Pulau Jeju Korea telah dikemaskini termasuklah tempoh kuarantin ditambah serta melarang perjumpaan kelompok melebih lima orang. Malah, perniagaan yang melibatkan industri hiburan seperti restoran dan kelab hanya boleh beroperasi sehingga jam 11 malam.

Bagaimanapun, pada hari pertama perlaksanaan tersebut, terdapat ramai warga asing telah melanggar peraturan tersebut dengan mengadakan parti tanpa memakai pelitup muka di pantai Jeju.

Foto hiasan oleh Seangraphy


Menurut laporan dari Jeju Special Self-Governing Province pada 1 Jun 2021, semua warga asing yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka telah menikmati pesta pantai di Pantai berdekatan Bandar Jeju pada hari sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun denda.

Lebih daripada 10 orang berkumpul dan menari sambil minum dan makan untuk masa yang lama tanpa pelitup muka. Bagaimanapun, pekerja Pusat Komuniti Iho-dong di Bandar Jeju telah dihantar ke tempat kejadian selepas menerima aduan dengan meminta warga asing memakai pelitup muka. Pun begitu, pekerja tersebut gagal mengenal pasti identiti mereka.

Di samping itu, lebih daripada 20 kes pelanggaran garis panduan kuarantin, termasuk sekumpulan lima atau lebih orang, dilaporkan setiap hari di pelbagai bahagian Pulau Jeju, Korea Selatan,

Difahamkan, pelanggaran ini semakin meningkat memandangkan cuaca panas . Oleh itu, Pulau Jeju dikehendaki menyebarkan aduan kepada setiap jabatan yang bertanggungjawab untuk memeriksa kawasan tersebut.

Warga asing yang terlibat dilaporkan enggan menunjukkan kad pengenalan mereka. Malah, walaupun laporan garis panduan kuarantin diterima ke bilik situasi 112, pihak polis hanya menyampaikannya ke Pejabat Wilayah Jeju dan tidak turun ke tempat kejadian.

Sebanyak 172 pelanggaran dikesan dalam serbuan yang dilaksanakan pada 10 hingga 31 Mei, 45 daripadanya kena tindakan tata tertib termasuk denda.

Kongsikan artikel ini