Adik Lelaki Islam Terkacak Korea Menang Pertandingan Bina Badan! Jihan Jadi Oppa Muslim Seksi?

Abang saya paling kacak! Itulah kata Prince Jihan atau Muhammad Jihan tatkala undian mengenai 11 lelaki Islam paling kacak dijalankan. Kata-kata itu benar apabila abangnya iaitu Park Soo Han meninggalkan hampir separuh peratus undian dengan menjadi lelaki Islam Korea paling kacak di Korea.

Menyusul selepas Soohan, Jihan dan mualaf Korea yang baru berkongsi di kedudukan yang sama. Walau bagaimanapun, Jihan yang dikenali sebagai seorang lelaki pemalu mengejutkan ramai orang apabila menyertai sebuah pertandingan bidan badan di Korea iaitu WNGP GURI.

Foto di kongsi Soohan di Instagram

Lebih mengejutkan lagi, Jihan telah menang dan mendapat kedudukan yang ketiga untuk kategori Beginner. Perkongsian ini dikongsi sendiri oleh Soohan menerusi laman Instagramnya.

Soohan begitu berbangga dengan pencapaian adiknya itu. Apa sekalipun, pengikut Soohan dan Jihan tergamam melihat video aksi Jihan dalam pertandingan tersebut. Ramai tidak menyangka, Jihan begitu berani dan spontan di atas pentas.

Adakah Jihan bakal menjadi lelaki Islam Korea yang paling seksi? Apapun, penyertaan Jihan bukan saja menimbulkan reaksi positif. Banyak juga reaksi negatif kerana pertandingan sebegitu dianggap tidak elok disertai lelaki Islam kerana mendedahkan aurat.

Kongsikan artikel ini