Daud Kim Sekeluarga Kongsi Kisah Ramadan Pertama Eksklusif Untuk Anda!

Buat julung kalinya, sempena Ramadan, Youtuber Mualaf Korea popular, Daud Kim atau Kim Jae Han dilantik sebagai jurucakap Korea Buzz untuk slot terbaru Diary Ramadan DK Family.

Lebih istimewa, Daud yang menyambut kali kedua Ramadan berganding bahu bersama isteri tercinta Mia Lee dan anak sulungnya, Jason Kim yang pertama kali menjalani kehidupan sebagai muslim di bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian ini, pembaca turut berpeluang secara eksklusif berkongsi dan berinteraksi dengan DK Family mengenai apa saja berkaitan Ramadan di ruangan yang disediakan nanti.

Isteri Daud Kim, Mia Lee.

“Alhamdulillah, saya sekeluarga sangat gembira bersama KOREA BUZZ untuk berkongsi cerita kami sepanjang Ramadan ini. Kami berharap segmen ini dapat membantu kami lebih dekat mengenali Islam dan Ramadan. Semoga ia mendapat sambutan baik dalam menyebarkan mesej yang positif,” kata Daud Kim.

Tambah istimewa, pembaca juga boleh bertindak balas secara pantas seandainya keluarga ini mempunyai kemusykilan terhadap Ramadan. Malah, mereka juga bakal membantu anda seandainya anda ingin mengetahui perkara berkaitan Korea seperti makanan halal Korea dan sebagainya.

Korean Muslim- DK Family

Jangan lupa terus menjadi pembaca setia KOREA BUZZ kerana bukan saja Diary Ramadan DK Family, pelbagai perkongsian menarik bakal dikongsikan khas buat anda. Selamat Menyambut Ramadan!





Kongsikan artikel ini