Puji ke Keji? Lelaki Korea Cetus Kontroversi Dedah 6 Sebab Jangan Datang Malaysia

Jejaka Korea yang pernah belajar selama 6 bulan di Malaysia bernama Chang Min mencetuskan kontroversi apabila memuat naik sebuah video berjudul ‘6 Reasons not to travel Malaysia!!!!:말레이시아를 가면 안되는 6가지 이유! ‘ Di laman channel youtube peribadinya iaitu Teh Tarik Oppa.

 

Menerusi video berdurasi 5.49 minit itu, Chang Min yang memiliki nama Melayu Asyraf tanpa segan silu memberitahu 6 perkara yang tidak masuk dek akal untuk pelancong asing terutama sekali orang Korea untuk tidak datang ke Malaysia.

 

Video yang mencetuskan kontroversi.

6 Perkara tersebut turut menyentuh mengenai isu perkauman dan budaya yang diamalkan di Malaysia. Malah, ia turut menyifatkan punca yang berkaitan dengan makanan menjadi punca utama untuk isu yang dinaikkan oleh Chang Min.

Bersama rakan Malaysia dan Korea.

Video tersebut mendapat perhatian netizen Malaysia sehingga ada yang kurang berkenan dengan gelaran yang diberikan Chang Min terhadap bangsa utama di Malaysia. Malah, ia menjadi sedikit sensitif apabila Chang Min meletakkan Bakso sebagai makanan dari Malaysia.

Chan Min tengah ketika menyambut raya di Malaysia.

Dalam pada itu, ada yang terkejut dan menggelarkan Chang Min ini sebagai penipu besar sebaik saja habis menonton video tersebut. Malah, ramai netizen Malaysia benci dan menyumpah Chang Min dek kerana tajuk video yang digunakannya itu.

Kemesraan Chang Min di Korea bersama teman Korea.

Sementara itu, selain kejian, Chang Min turut mendapat banyak pujian dari sebilangan netizen mengatakan Chang Min antara golongan bangsa asing yang lebih pandai mempromosikan Malaysia berbanding penduduk tempatan.

 

Adakah tindakan selanjutnya perlu di ambil kepada Chang Min? Anda perlu saksikan sendiri video tersebut dan anda juga boleh menonton aksi Chang Min menyambut Aidilfitri sepanjang dia berada di Malaysia selama enam bulan.

Kongsikan artikel ini