Pertimbang Bergelar Mualaf Jika Isteri Muslimah, Paul Terima Nama Melayu Putra!

KBTalk yang berlangsung selama dua jam dari jam 10 Malam hingga 12 tengah malam pada Jumaat 27 Ogos 2021 dengan melibat finalis Altitude World Supermudel Korea 2021 (AWS), Paul An (MUSE 6) disukai ramai peminat kerana kemesraan Paul menjawab tentang dirinya.

Malah, Paul yang kali kedua terlibat dengan sesi chatting ini ternyata tidak berselindung sehingga menerima dengan hati terbuka untuk menggunakan nama Melayu yang diberikan peminat. Lebih menarik, seorang bekas peniaga Durian yang terkenal dari Malaysia turut menyukai dan menyokong Paul.

“Kalau saya amat mencintai kekasih saya dan dia beragama Islam, saya berkemungkinan besar akan menganut agama Islam. Saya tidak kisah untuk berkawan atau bercinta dengan siapa saja. Tidak kisah pasal agama.

“Saya tiada strategi untuk menang dalam AWS. Saya hanya menjadi diri saya dengan lebih mesra dengan peminat dan mengambil berat tentang mereka. Saya kini sudah dimiliki oleh peminat kerana kejayaan saya terletak pada sokongan dari anda semua.

“Saya suka dengan nama Putra. Jika semua orang setuju, saya akan guna nama Putra sebagai nama Melayu saya. Saya tidak pernah ke Malaysia tetapi memang teringin nak ke sana. Selama ini, saya tahu tentang Malaysia dari rakan Universiti saya yang pernah tinggal di Malaysia,” kata Paul.

Teruja dengan nama baru Putra, Paul mendedahkan pula bagaimana pula dia mendapatkan nama English.

“Nama Korea saya ialah An Seong Jin. Ketika saya di grade 2, saya tidak mempunyai nama English. Saya juga tidak boleh berbahasa English dengan baik. Sewaktu menyertai perkhemahan gereja dengan guru yang boleh berbahasa English, dia telah berikan saya nama Paul.

“Saya masih ingat lagi nama cikgu saya iaitu Peter. Waktu itu dia tanya adakah saya punyai nama English. Disebabkan tiada, dialah orang yang berikan nama saya Paul.

“Pada mulanya saya memang ada niat nak tukar nama, tapi memandangkan ramai dah kenal saya dengan nama Paul dan saya sudah selesa, saya pun kekalkan nama tersebut,” kata Paul.

Berkongsi pengalaman ke Jimjilbang atau Sauna Korea, Paul menjelaskan bahawa dia seorang yang tidak boleh tahan panas. Setiap kali ke lokasi ini, dia akan terus masuk ke bilik sejuk.

Anda boleh melihat pengakuan selanjutkan di ruangan KB Talk. Minggu ini, Paul sekali lagi akan bersama peminat untuk sesi chat. Pastikan anda terus setia dan memasuki ruang chatting yang disediakan. Anda tidak akan dilayan seandainya anda mesej chat secara terus. Perbualan hanya boleh dibuat menerusi sesi group chat saja.

Kongsikan artikel ini