Putra Paul Kembali Berbicara Malam Ini Untuk Dedah Lebih Banyak Rahsia Pasal Korea!

Finalis Altitude World Supermodel yang kini selesa dengan nama Melayu yang diberikan oleh peminat sewaktu sesi KBTalk minggu lalu, Paul An atau kini Putra Paul kembali untuk berborak di atas talian (Chat) malam ini bermula jam 10 malam waktu Korea sehingga jam 11 malam.

Lebih menarik lagi, Putra Paul yang menyertai sesi KBTalk untuk kali ketiga ini sangat berterima kasih dengan nama Melayu yang diberikan kerana ia memberikan impak yang luar biasa. Oleh kerana itu, pada sesi malam ini, Putra Paul dikhabarkan akan mendedahkan lebih banyak rahsia bukan saja tentang dirinya tetapi pasal Korea yang anda ingin ketahui.

Sesi tersebut bakal berlangsung selama sejam saja yang mana anda hanya boleh berborak dengan Paul diruang Group Chat tertera tajuk Chillex Putra Paul. Bagi yang belum pernah menyertai ruangan ini, anda hanya perlu klik di pautan KBTalk dan kemudian cari ikon dua orang dan hantar mesej dan soalan dalam group tersebut.

Anda dilarang untuk menghantar mesej secara peribadi kepada Putra Paul yang mana mesej tersebut tidak akan dilayan. Untuk edisi malam ini, anda bebas bertanya apa saja kepada Putra Paul sama seperti minggu lalu. Tetapi, seandainya soalan dan pertanyaan anda itu kreatif dan menarik, ia akan dipaparkan di Korea Buzz.

Jangan lupa janji temu anda dengan Putra Paul malam ini (Jumaat , 3 Sept) bermula jam 9 malam waktu malaysia sehingga 10 malam. Klik di sini untuk menyertainya.

Kongsikan artikel ini