Tolak Lamaran V BTS, Putra Paul Sasar Face Of Anas & Most Idolized Supermodel

Tanpa berselindung lagi, finalis ALTITUDE WORLD SUPERMODEL KORA 2021 (AWS) yang kini mempunyai nama melayu iaitu Putra mendedahkan orang yang banyak mendorongnya dalam pertandingan tersebut.

Malah, Paul An yang kini berstatus pelajar universiti jurusan budaya Korea turut meluahkan hasratnya dalam AWS yang kini hampir ke kemuncak pada sesi KB Talk yang berlangsung pada Jumaat, 3 September 2021.

“Semua juri ada kesukaan saya. Antara orang yang banyak menyokong saya dalam AWS adalah National Director, Hyunmin-A. Dia adalah orang yang banyak bercakap dan mengambil berat tentang kami semua finalis AWS.

“Editor Korea Buzz turut sama memberikan banyak sokongan. Mereka banyak membantu kepada peserta yang kurang fasih berbahasa English,” kata Paul.

Dalam pada itu, selain mengejar menjadi juara AWS, Paul turut memberitahu dua anugerah yang ingin dipegangnya dalam pertandingan ini.

“Saya kalau boleh nak pegang gelaran Most Idolized Supermodel. Saya juga teringin nak pegang gelaran Face Of Anas. Anas adalah seorang pereka fesyen yang disegani, menjadi Face Of Anas bermakna orang tersebut layak menjadi seorang model.

“Saya tidak tahu mengenai jumlah kontrak face Of Anas. Apapun, tugasan ke empat kami adalah yang paling sukar setakat ini. Tugasan pertama mudah tetapi sampai sekarang saya tidak tahu nak mulakan tugasan ke empat.

“Saya ikuti blimey. Saya dimaklumkan Blimey akan memberikan kami tugasan yang terakhir,” kata Paul.


Paul turut menerima soalan nakal dari peminat yang bertanyakan adakah dia mahu menerima lamaran menjadi kekasih V BTS. Walaupun soalannya berbau homo, Paul menjawabnya dengan tenang.

“Siapa yang tidak mahu lamaran menjadi kekasih V BTS yang kacak itu. Namun, saya terpaksa menolaknya dengan cara baik kerana saya menyukai wanita,” katanya.

Sesi perbualan ini semakin rancak walaupun dibuat selama sejam saja. Berkemungkinan Paul akan kembali pada Jumaat depan untuk bersemuka dengan anda lagi.

Kongsikan artikel ini