Raja Ramyeon Korea & Pengasas Nongshim, Shin Choon-Ho Meninggal Dunia di Usia 91Tahun!

Pengasas Nongshim Shin Choon-ho meninggal dunia pada Sabtu, 27 Mac 2021. Beliau berusia 91 tahun. Shin meninggal dunia pada jam 3:38 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Seoul di tengah Seoul.

Mendiang Shin yang juga pengerusi Nongshim Group telah mengetuai syarikat itu melalui pembebasan beberapa produknya yang paling terkenal, termasukla mi segera seperti Shin Ramyun dan keropok udang Saewookkang.  

Shin (tengah) sewaktu mengkaji perisa untuk Shin Ramyun.

Shin mengasaskan syarikat makanan itu pada tahun 1965 dan menjadi pengerusi kumpulan itu pada tahun 1992.   Beliau adalah abang kepada pengasas Kumpulan Lotte, Shin Kyuk-ho, yang meninggal dunia tahun lalu.   

Bukan saja popular di Korea, Ramyeon ini turut sama popular di luar negara.

Pengebumian Shin diadakan di Hospital Universiti Kebangsaan Seoul. Shin Choon-ho dikenali sebagai raja mi segera di Korea Selatan. Untuk mencipta mi dengan rasa pedas Korea yang unik, Shin Choon-ho mengetuai sekumpulan penyelidik dalam bereksperimen dengan pelbagai resipi. Dia telah menguji lebih daripada 20 jenis cili sebelum mencipta Shin Ramyun yang dibungkus dengan ikon warna merah.

Kongsikan artikel ini