Jadi Duta Baru LV, Kekacakan V BTS Lebih Menonjol Dari Produk Sampai Ada Nak Beli Bekas Lelaki Terkacak Dunia Ini!

Pada 7 Julai 2021, Bintang KPOP dunia yang kini popular dengan lagu Butter, BTS menyertai pertunjukan fesyen jenama dunia Louis Vuitton 2021 FW. Penglibatan tujuh jejaka ini sekaligus mengumumkan bahawa mereka ada duta dan model terbaru LV.

FOTO V Dari LV

Berikutan pengumuman tersebut, ahli BTS yang banyak kali menyandang gelaran lelaki paling kacak dunia, V atau Taehyung telah memuat naik fotonya di laman Instagram sehingga bikin netizen histeria.

Dua foto yang disiarkan V iaitu Lv.1 BTS Lv.10 pada 13 Julai 2021 bikin ramai orang keliru objektif sebenar foto tersebut dilaksanakan. Menerusi foto V Cut itu, dia telah memakai suit dan memperagakan produk terbaru LV.

Dengan baju bertemakan warna hitam dan merah, V menyisir rambung ke belakang dan ternyata netizen mengatakan V sangat kacak dan menawan.

BTS DUTA BARU LV


Malah, ada juga mengatakan beg LV yang dipegangnya itu seperti secawan kopi dan ia ternyata tersembunyi dengan ketampanan V yang luar biasa. Lebih menarik lagi, mereka lebih memberi perhatian dengan wajah V berbanding produk berkenaan.

Warganet yang semakin berahi mengatakan tidak pernah melihat seorang lelaki begitu menawan dan menggoda dengan mengenakan rona merah. Atmosfera foto berkenaan juga bikin ramai gila sehingga ada yang lebih berminat membeli V yang lebih mahal dengan harga produk LV yang terlajak bangsawan harganya.

Adakah V bakal kembali menjadi terkacak untuk 2021?


Apa sekalipun, antara kesemua ahli BTS yang terlibat, V, Jin dan Jungkook lebih menjadi perhatian tatkala foto mereka bersama produk LV disiarkan. Adakah anda rasa begitu jua?

Kongsikan artikel ini