Buat Promosi Khas Budak Sekolah, Pemilik Bilik Pengalaman Realdoll Berjaya Ditangkap!

Bilik pengalaman Realdoll  (patung manusia) yang panas diperkatakan kerana mempromosikan seks dan membuat jualan di sekolah akhirnya berjaya ditumpaskan.

Agensi Polis Ulsan berkata pada 25 Jun, bilik yang beroperasi di sebuah rumah di Namgu diselenggarakan oleh seorang pemilik berusia lingkungan 30 tahun.

Bilik Realdoll di Korea.


Pengusaha bilik tersebut didapati menerima duit yang banyak dengan menyediakan tiga jenis patung kepada pengguna. Pesalah dikatakan telah memberitahu pelanggan untuk membuat tempahan di laman Internet dan akan menerima kata kunci untuk memasuki bilik tersebut.

Siasatan polis turut dapati bilik tersebut telah beroperasi secara haram dengan melanggar peraturan premis.

Antara realdoll wanita Korea


“Perniagaan seperti ini adalah haram. Jika anda dapat tahu ada perkhidmatan sebegini, sila laporkan kepada polis,” kata pegawai polis yang bertugas.

Pihak polis akan membuat rondaan secara intensif ke atas bilik-bilik pengalaman Realdoll sehingga 31 Julai.

Kongsikan artikel ini