Peras Ugut & Kurung Mangsa, 5 Remaja Paksa Lelaki Berbogel & Rakam Video Dalam Motel Diberi Masa Bertaubat!

Lima remaja telah dibicarakan atas tuduhan mengintai lelaki dewasa dan merakam video telanjang mangsa itu serta memeras wang ugut telah menerima amaran pada perbicaraan pertama.

Menurut bulatan undang-undang yang dikeluarkan pada 22 Mei 2021 dari bahagian Perjanjian Jenayah Mahkamah Daerah Timur Seoul 11  oleh Ketua Hakim Yoon Kyung-ah, mahkamah memutuskan untuk menghantar lima orang tersebut termasuklah salah seorang dari mereka yang berusia 18 tahun yang turut didakwa atas tuduhan merompak dan mencederakan ke jabatan juvana Mahkamah Keluarga Seoul.

Mahkamah mendapati kesemua tertuduh bersalah tetapi memutuskan untuk menghantar mereka ke jabatan juvana bagi menilai samada mereka perlu diberi peluang untuk berubah atau pun tidak.

Menurut siasatan, remaja 18 itu telah meninggalkan pesanan dalam group chat pada November tahun lalu dengan meletakan syarat perjumpaan mereka untuk melakukan jenayah ini. Kemudian dia menghubungi mangsa untuk berjumpa di salah satu motel yang terletak di Seoul, Korea Selatan.

Foto hiasan Naver.com


Sewaktu remaja yang termuda usia 15 tahun bercakap dengan mangsa, 4 remaja yang lain telah masuk ke dalam bilik hotel tersebut kemudian ugut mangsa. Remaja tersebut memaksa mangsa untuk menanggalkan pakaian serta merakam video mangsa dengan ugut wang berjumlah 5.6 juta won seandainya mangsa melawan.  

Selepas dari itu, tiga dari mereka termasuklah ketua pesalah yang berusia 18 tahun itu telah mengambil kunci kereta mangsa dan membiarkan mangsa dalam kereta selama lebih kurang tiga jam. Mereka mengugut mangsa untuk merangka kontrak sewa dan memandu dua kereta tanpa lesen.


Dalam pada itu, pada Oktober tahun lalu, remaja 18 tahun itu telah didapati melakukan kesalahan memandu yang mana dia juga telah mengugut seorang pegawai polis. Pihak mahkamah mendapati jenayah yang dilakukan mereka bukanlah ringan sebaliknya mampu mendorong mangsa untuk berikan wang dengan mudah.

Foto hiasan Naver


“Kesemua tertuduh berusia antara 15 hingga 18 tahun. Mereka masih lagi tidak matang dan tidak tahu menilai dengan tepat. Terdapat kemungkinan penambahbaikan dan seperti mengakui dan bertaubat  dari jenayah itu. Mereka wajar di beri peluang terakhir kepada mangsa untuk berkembang menjadi masyarakat yang kukuh dan bukannya hukuman jenayah,” kata hakim.

Dalam pada itu, ketua pesalah itu telah memberikan kata putus berdasarkan keputusan tersebut.

“Saya baru sedar kepentingan sebuah keluarga dan keperitan untuk tinggal dalam penjara. Saya tidak akan melakukan perkara ini lagi. Saya nak hidup dengan memakai tanda nama pelajar bukan tanda nama sebagai banduan,” katanya.

Pun begitu, pihak pendakwa raya telah menetapkan sama ada mereka perlu menjalani hukuman penjara selama lima hingga tujuh tahun dalam penjara ataupun pun tiga tahun setengah dalam penjara.

Kongsikan artikel ini