Rider Hantar Makanan Lari Selepas Tunjuk Anu Kepada Wanita Dalam Lif Pada Malam Tahun Baru Cina

Seorang rider penghantar makanan syarikat Baemin Rider dilaporkan melarikan diri selepas tindakannya menunjukkan alat sulit kepada seorang wanita dalam lif.

Menerusi laporan media pada 15 Februari, kejadian tersebut berlaku di sebuah perumahan yang terletak di Songpa-gu pada malam sambutan tahun baru Cina atau lunar new year bertarikh 12 Februari di Korea Selatan.


Pada malam kejadian, rider itu difahamkan menghantar makanan ke rumah jiran mangsa yang tinggal di tingkat yang sama. Mangsa bertembung dengan rider tersebut di dalam lif yang mana mereka berdua mahu turun ke tingkat bawah.

Sepanjang berada dalam lif, wanita tersebut hanya fokus dengan telefon bimbitnya. Bagaimanapun, selepas tiba di tingkat bawah, wanita tersebut dapat rider tersebut berdiri dalam keadaan menunjukkan alat sulitnya.

Selepas tindakan tersebut, rider tersebut melarikan diri dengan menaiki motosikal warna biru langit dengan lambang syarikat perkhidmatan. Wanita tersebut ingat no plat motor tersebut dan telah melaporkannya ke pihak polis.


Selepas menerima laporan tersebut, pihak polis mengesahkan bahawa rider tersebut memang berbuat sedemikian berdasarkan bukti yang ada di CCTV lif. Pihak berkenaan bakal melakukan siatan terhadap kes ini dengan bantuan dari syarikat penghantaran Baemin.

Kongsikan artikel ini