Terlalu Rindu Anjing Bekas Awek Walaupun Jalin Cinta Selama 3 Tahun Dengan Bekas Kekasih!

Kisah seorang lelaki yang telah putus hubungan cinta dengan teman wanitanya selepas tiga tahun bersama menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan lebih merindui anjing peliharaan teman wanita berbanding kekasihnya.

Kisah ini mendapat simpati dari netizen selepas dia berkongsinya di laman Nate dengan menulis saya saya merindui anjing teman wanita saya.

FOTO HIASAN BALANCE BUTTON


Menurut pengakuan tersebut, lelaki ini memberitahu dia mempunyai hubungan cinta selama tiga tahun tetapi terpaksa putus apabila saya dia ditukarkan tempat kerja sehingga mereka tidak boleh menghubungi satu sama lain.

Selepas sebulan berpisah, lelaki ini langsung tidak punya perasaan terhadap sesiapa dan hatinya telah kosong. Bagaimanapun, hanya satu perkara yang dia tidak boleh lupa iaitu anjing peliharaan bekas teman wanita.

FOTO HIASAN BALANCE BUTTON


“Saya rindu anjing dia. Dia selalu menemani saya sewakt ukami bersama. Saya melancong dengan anjig itu dan dia lebih mengikut kata berbanding teman wanita saya.

“Saya rasa saya boleh lupakannya bila sudah lama tetapi sampai sekarang, memori bersama anjing itu masih diingati apatah lagi melihat gambar anjing itu,” katanya.

FOTO HIASAN BALANCE BUTTON


Dalam pada itu, lelaki ini turut menyatakan dalam masa depan berkemungkinan besar dia tidak akan bertemu wanita yang mempunyai anjing.

“Adakah anda pernah rasa apa yang saya rasa,” kata lelaki itu.

FOTO HIASAN BALANCE BUTTON


Banyak netizen bersimpati dengan kisahnya dan ada yang mengatakan bekas teman lelaki mereka pernah juga nak tengok anjing dia saja. Jadi, apa yang dialami lelaki ini rupanya ramai yang alami.


Kongsikan artikel ini