Sah! Akhirnya, Jung Yoon Hak Supernova Artis Korea Pertama Positif COVID-19!

Pada 1 April 2020, bintang K-POP dan juga pelakon drama Korea, Jaejoong dari JYJ membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa dirinya positif COVID-19 di laman Instagramnya. Namun, berita tersebut sekadar usikan Jae Joong kepada peminat dan kawannya sempena menyambut Aprilfool. Gurauan tersebut telah mengundang kemarahan netizen Korea sehingga berdepan dengan tindakan undang-undang walaupun dia sudah pun memohon maaf secara langsung.

 

JAE JOONG.

Pun begitu, ramai tidak menyangka, pada tarikh yang sama iaitu 1 April 2020, ahli kumpulan Super Nova iaitu Jung Yoon Hak telah disahkan positif COVID-19. Pengesahan tersebut membuatkan beliau adalah artis Korea yang pertama positif Corona Virus bukanlah Jae Joong.

 

YOON HAK.

Pun begitu, sebelum Jae Joong dan Yoon Hak, bintang K-POP wanita, Chung Ha turut dikatakan terkena COVID-19. Namun, selepas pemeriksaan, dia hanya negatif tetapi tidak untuk pekerja Chung Ha yang menyertai persembahannya di luar negara. Selepas Chun Ha, pengurus peribadi Tiffany Young Girls Generation pula disahkan positif Covid-19. Walaubagaimanapun, pengurus tersebut bukanlah pengurus utama Tiffany sebaliknya pengurus antarabangsa di Amerika Syarikat yang menguruskan kerjaya Tiffany di sana. Malah, pengurus tersebut bukanlah warganegara Korea sebaliknya wanita kulit putih.

CHUNGHA

Berbalik kepada kes pengesahan Yoon Hak,  jejaka ini dilaporkan pulang dari Jepun pada 24 Mac lalu. Selepas membuat ujian pada 1 April, dia disahkan positif dan kini sedang berada di hospital menjalani rawatan. Keadaan Yoon stabil dan kini sedang fokus dengan rawatan.

 

TIFFANY YOUNG.

 

Hanya Yoon Hak saja positif manakala juru solek dan pengurusnya negatif COVID-19. Difahamkan, Yoon tidak menunjukkan sebarang simptom sakit tetapi dia telah mengambil ujian kesihatan pada 31 Mac di Klinik di Seoho untuk kepastian. Selepas itu, dia terus dihantar ke Hospital Seoul untuk menerima rawatan rapi dan dikuarantinkan.

YOON POPULAR DI JEPUN.

Menyentuh mengenai kunjungannya ke Jepun, Yoon Hak aktif sebagai penyanyi dan pelakon di Jepun selepas debut menerusi kumpulan SUPER NOVA pada 2007. Walaupun dia disahkan positif, program G-EGG’ yang disertai jejaka ini tetap diteruskan dan ditayangkan di Jepun sehingga penghujung tahun. Antara drama lakonannya termasuklah SBS Fates and Furies.

 

Kongsikan artikel ini