Sambut Hari Jadi 16 April & Aktif IG Minggu Lalu, Yohan TST Mati Pada 16 Jun 2020

Ahli kumpulan TST, Yohan telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 28 tahun. Vokalis kumpulan yang sebelum ini di kenali dengan nama Top Secret disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 16 Jun 2020.  

Bagaimanapun, punca kematian vokalis ini tidak diumumkan atas permintaan keluarga. Yohan atau nama sebenarnya Kim Jung Hwan pernah menyertai kumpulan NOM sebelum menyertai TST. Mendiang yang dilahirkan di Ulsan, Korea Selatan juga berbakat besar dan pandai bermain piano dan drum.

Berita kematian ini mengejutkan Hana iaitu gelaran yang diberikan buat peminatnya. Yohan dilaporkan sangat aktif di sosial media seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir dan sempat berinteraksi dengan Hana. Malah, Hana juga sempat meninggalkan pesanan istimewa di instagram rasmi TST yang memuat naik foto Yohan menyambut hari jadinya pada 16 April.

Yohan dilahirkan pada 16 April 1992. Mendiang debut bersama TST pada 2017 sebagai vokalis kumpulan tersebut.  Upacara penghormatan terakhir buatnya telah dijadualkan di Hospital Sinchon. Manakala pengkebumian akan dilaksakan pada 18 Jun 202p di Yongn Catholik Park Cemetery.

Semoga peminat kumpulan VIXX, BAP, BTOB dan INFINITE ini tenang disana. Apa yang pasti, Hana bakal merindui suara Yohan yang suka menonton filem dikala masa lapang.

Kongsikan artikel ini