Konsep Alat Sulit Disaran Sami, 90% Wanita Berusia Pergi Kafe Dipenuhi Kemaluan Lelaki!

Video review mengenai restoran atau kafe yang dikategorikan dalam XX café muat naik youtuber dari Korea yang menggunakan nama Dickhunter. Youtuber ini mempunyai jumlah subscriber 1.2 Juta dan telah melawat sebut restoran yang bertemakan alat sulit lelaki.

Video tersebut telah menjadi bualan hangat netizen. Video tersebut telah dimuat naik pada 22 Mei 2021 yang menunjukkan dia  telah pergi ke restoran tersebut yang dipenuhi dan dihiasi dengan pelbagai bentuk alat sulit lelaki. Dalam video berkenaan, Dickhunter berkata, terlalu banyak tempat menarik di dunia tetapi hari ini dia telah pergi ke kafe ini yang sangat sesuai dengan nama saluran youtubenya iaitu Dick Hunter.

Pinggan hidangan restoran berkenaan- foto Youtube Dick hunter


Dalam menuju masuk ke restoran berkenaan, dia menjelaskan terlalu banyak patung berbentuk anu lelaki menghiasi jalan masuk seluruh restoran berkenaan. Pelbagai warna dan saiz hiasan anu telah digunakan. Malah, pintu masuk restoran tersebut menggunakan hiasan alat sulit lelaki yang dipercayai dari selatan.

Menurut pemilik restoran berkenaan, sebelum ini restoran ini hanya sekadar restoran biasa saja. Pun begitu, seorang sami telah datang dan menasihati agar dia perlu meletakan Yanggi kerana orang sukar untuk orang makan di sini. Atas sebab itulah, dia telah menukar konsep restoran dengan konsep anu lelaki. Restoran ini telah dibuka sejak tahun 1996 lagi dan terletak di Pocheon Wild Moose.

Alatan seks turut dijual di sini.


Bercerita mengenai hidangan restoran berkenaan, setiap makanan di hidangkan dengan pinggan berbentuk kemaluan lelaki. Restoran ini turut menggunakan tandas berbentuk payudara wanita di bahagian tempat kencing lelaki. Malah, restoran tersebut menjual barangan seks yang mendapat perhatian ramai.

Lebih mengejutkan, restoran ini dipenuhi 90 peratus wanita yang menjadi pengunjung tetap restoran ini adalah wanita yang sudah berusia.


Video tersebut mendapat perhatian mengejutkan dari netizen sehingga ada yang mendesak orang ramai supaya menonton video ini segera sebelum ia dipadam. Malah, ada juga tidak menyangka seorang sami boleh mengesyorkan restoran ini menggunakan konsep tersebut.